Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lima warga asing cedera dalam kemalangan libatkan kereta, lori di Bukit Sebangkoi
  • KEMALANGAN

Lima warga asing cedera dalam kemalangan libatkan kereta, lori di Bukit Sebangkoi

Utusan Sarawak 3 weeks ago
OPERASI MENYELAMAT… Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa-mangsa kemalangan di Bukit Sebangkoi, Lebuhraya Pan Borneo Sarikei-Saratok. Foto PGO Bomba Sarawak

SARIKEI: Lima lelaki warga asing mengalami cedera ringan apabila kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya di Bukit Sebangkoi, Lebuhraya Pan Borneo Sarikei-Saratok, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Alza dan sebuah lori.

“Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 Unjah Janggau, bersama lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 8.09 pagi.

“Terdapat empat mangsa dari kereta Perodua Alza yang berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Katanya lagi, PKO bertindak mengeluarkan seorang lagi mangsa yang masih berada dalam kereta Perodua Alza namun tidak tersepit, menggunakan pengusung.

“Kesemua mangsa dipasang ‘Cervical Collar’ dan seterusnya dibawa ke Hospital Sarikei menggunakan dua ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sementara itu, pemandu lori selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Operasi menyelamat di lokasi kemalangan selesai sepenuhnya pada 8.55 pagi,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut, kemalangan kendiri
Next: Lori bertembung Kancil di Jalan Serikin, tiga mangsa tersepit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.