Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemaskini: Tujuh unit lot kedai dua tingkat musnah dalam kebakaran
  • KEMALANGAN

Kemaskini: Tujuh unit lot kedai dua tingkat musnah dalam kebakaran

Utusan Sarawak 8 months ago
OPERASI MEMADAM… Sekitar operasi pemadaman kebakaran yang melibatkan tujuh unit lot kedai dua tingkat di Jalan Chung Hua, Pasar Serian.

KUCHING: Sebanyak tujuh unit lot kedai dua tingkat di Jalan Chung Hua, Pasar Serian, musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.24 petang dan jentera pertama tiba di lokasi dua minit kemudian.

Komander operasi, Kurung Suwen,operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran air dengan empat pancutan, yang mana satu pancutan diarahkan ke belakang bangunan manakala tiga lagi di hadapan bangunan.

Katanya, bantuan turut disediakan dengan menggunakan ‘Skylift’ bagi memadamkan api dari bahagian atas.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian mendapat bantuan daripada BBP Siburan, BBP Batu Lintang, dan BBP Tabuan Jaya.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 3.00 petang dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian, kata jurucakap tersebut, masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Untuk makluman, tujuh kedai yang terlibat dalam kebakaran tersebut adalah dua kedai makan (kedua-dua terbakar 80 peratus), tiga kedai peralatan elektrik (dua terbakar 80 peratus, satu 30 peratus), kedai kain (50 peratus terbakar) dan sebuah premis agensi nombor ramalan (toto) yang terbakar 60 peratus.

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Empat individu berdepan detik cemas, kereta dihempap pokok
Next: Kebakaran rumput di kawasan kebun di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.