Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Lima sekeluarga cemas rumah kediaman terbakar
  • KEBAKARAN

Lima sekeluarga cemas rumah kediaman terbakar

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Lima sekeluarga berdepan detik cemas apabila rumah dua tingkat yang mereka diami di Lorong Kapor 8, Jalan Kapor terbakar awal pagi tadi.  

Komander Operasi PBK I (TBBK I) Tiwi Nios melaporkan bahawa kebakaran memusnahkan 20 peratus struktur rumah. 

“Lima penghuni termasuk seorang lelaki dewasa dan empat wanita dewasa selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.  

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan pada 5.16 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dengan 11 anggota bergegas ke lokasi kejadian.  

Jentera pertama tiba pada 5.24 pagi dan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) segera bertindak menggunakan satu aliran salur bantu mula serta satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua nozel bagi memadam kebakaran. 

Api berjaya dikawal pada 5.45 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya, 6.35 pagi.  

Oleh Masrin Affirah

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tiada pili bomba, tiada bekalan sumber air terbuka faktor rumah musnah terbakar
Next: Tindakan pantas bomba selamatkan premis musnah dijilat api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.