Lima rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Sungai Plan

Facebook
WhatsApp
KEADAAN rumah setinggan yang sedang marak dalam kebakaran di Sungai Plan, Jalan Kidurong, semalam.

BINTULU: Lima pintu rumah setinggan di kawasan Sungai Plan, Muzako, Jalan Kidurong musnah dalam satu kebakaran lewat malam tadi, menyebabkan puluhan penghuni hilang tempat tinggal.

Dalam kejadian kira-kira 11.45 semalam, sebuah blok rumah setinggan berstruktur tidak kekal berkeluasan 80×30 kaki persegi dilaporkan terbakar hampir 100 peratus.

Turut musnah dalam kejadian tersebut ialah sebuah kereta jenis Perodua Kancil, manakala sebuah rumah bersebelahan mengalami kerosakan kira-kira 10 peratus akibat bahang api.

ANGGOTA bomba giat menjalankan operasi pemadaman kebakaran di lokasi kejadian.

Menurut laporan awal pihak bomba, pasukan operasi menghadapi kesukaran untuk memasuki lokasi kejadian berikutan laluan yang sempit dan tidak dapat dilalui jentera.

Bagaimanapun, operasi pemadaman berjaya dilaksanakan menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki serta dua pancutan nozel bagi mengawal api daripada merebak ke rumah lain berhampiran.

Komander Operasi melaporkan kebakaran berjaya dikawal sebelum kerja-kerja overhaul dijalankan bagi memastikan api padam sepenuhnya dan keadaan selamat.

ANGGOTA bomba giat menjalankan operasi pemadaman kebakaran di lokasi kejadian.

Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Antara mangsa terlibat ialah beberapa keluarga yang mendiami kawasan berkenaan termasuk Stima Kona Cendang, Micheal Lajan Kenney, Baja, Jara, Nyawai dan Jonathan dengan keseluruhan melibatkan lebih 30 penghuni termasuk kanak-kanak.

Operasi turut dibantu oleh tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pegawai kanan bomba yang hadir di lokasi ialah PBT II Rary Binjie.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Oleh Faizah muzidi

FTES bukti komitmen Sarawak perkasa pendidikan

DARO: Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) membuktikan komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan setiap anak Sarawak yang berkelayakan berpeluang