LAWAS: Lima Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Trusan Lawas selesai mengadakan mesyuarat peringkat yang diadakan petang semalam.
Ketua PBB Zon Trusan, Awangku Mohd Ariffin Pengiran Jawa berkata semua mesyuarat ranting di Trusan berjalan serentak melibatkan sayap Wanita, Pemuda dan badan induk.
“Mesyuarat lima Jawatankuasa Ranting iaitu Ranting Melayu Trusan, Ranting Kampung Gelapas, Ranting Dato Pengiran Mohamad, Ranting Kampung Balai, Protem Serampang dan Protem Kampung Masjid telah berlangsung dengan lancar,” katanya pada majlis penyerahan laporan minit mesyuarat dan senarai nama jawatankuasa ranting yang baharu di Taman Dato Pengiran Haji Jawa malam tadi.
Mesyuarat dikendalikan oleh jawatankuasa induk cawangan PBB Bukit Sari diketuai Naib Ketuanya, Haris Majid bersama Setiausaha cawangan, Awang@Ibrahim Ahmad, penolong setiausaha Abu Bahrin Reduan dan Ketua Wanita PBB Bukit Sari Dayangku Norli Pengiran Tajuddin.
Awangku Mohd Ariffin berkata mesyuarat berlangsung dalam suasana tenang dan kekeluargaan kerana hampir semua penduduk Melayu di kawasan berkenaan mempunyai talian kekeluargaan.
Oleh ADENG EDRUS
Gambat
BERJALAN LANCAR…(tiga dari kiri) Kr Haris Majid menerima laporan minit mesyuarat dan senarai jawatankuasa Ranting PBB daripada salah seorang Ketua Ranting di zon Trusan Lawas.