Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lima penduduk kawasan DUN Jepak terima bantuan keperluan harian
  • Tengah
  • WILAYAH

Lima penduduk kawasan DUN Jepak terima bantuan keperluan harian

Utusan Sarawak 4 months ago
NORIHA menyerahkan sumbangan kepada salah penerima bantuan di kawasan DUN Jepak.

BINTULU: Seramai lima penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak menerima bantuan keperluan harian daripada Pusat Khidmat Rakyat DUN Jepak di sini, baru-baru ini.

Bantuan tersebut disampaikan oleh Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak, Noriha Ali, bersama ahli jawatankuasa wanita PBB Jepak kepada penerima.

Penerima ialah Simbun Mangi yang menerima kerusi roda dan susu, serta Egon Sabang dan Seta Sabang di Rumah Enbau yang turut menerima sumbangan susu.

Selain itu, Donny Buyong Thomas dari Rumah Henry Diman menerima susu dan lampin pakai buang, manakala Ringkai Ubu menerima susu.

Menurut satu kenyataan, sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban keluarga yang memerlukan sokongan bagi keperluan perubatan harian mereka.

Bantuan seumpama itu diharap dapat memberikan sedikit kelegaan kepada penerima dan memudahkan urusan mereka dalam kehidupan seharian.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan Sepapa masih dinaiki air, tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan
Next: Kelab Lions Sibu Loving Care berjaya kumpul 47 pain darah menerusi kempen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.