Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lima pemain hebat PC
  • SUKAN

Lima pemain hebat PC

Utusan Sarawak 5 years ago
  • SHAFIQ AQIEMIE
  • AZZAM MARZUKI

PROGRAM Pembangunan Bola Sepak Pusat Cemerlang (PC) yang diilhamkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Dr. Ong Kong Swee dan Pengurus Bahagian Pembangunan Sukan SSC, Ahmad Rodzli Hashim berjaya memperlihatkan kejayaannya.

Ia berikutan peningkatan prestasi semasa pemain yang turut menjurus kemunculan ramai berbakat.

Menariknya, ada kelompok pemain dari pusat berkenaan yang dibawa masuk dalam skuad bola sepak Sukma Sarawak.

Tiga diantaranya iaitu Zharmien Asraf Ismail (tengah), Joehansen Ambas (pertahanan) dan Muhamad Yusry Haziq Idris (tengah).

Berbanding dua lagi pemain dari aliran sama iaitu Shafiq Aqiemie (pertahanan) dan Azzam Marzuki (sayap kiri) kini menyarung jersi skuad Piala Presiden Kuching FA.

“Satu hasil atau perkembangan positif yang dapat dilihat dari pelaksanaan program berkenaan dengan kemunculan ramai pemain berbakat.

“Lebih membanggakan, ada kalangan pemain terbabit yang diangkat kredibiliti mereka untuk beraksi di pentas lebih mencabar lagi,” tegas bekas Ketua Jurulatih Pusat Cemerlang, Ahmad Fairuz Mohd. Yunus ketika mengulas mengenai perkara itu.

Beliau yang kini diberi mandat mengemudi skuad untuk menghadapi temasya dwitahunan negara itu amat berharap kelompok pemain berkenaan dapat membentuk kombinasi hebat bersama rakan-rakan yang lain kelak.

Dengan erti kata lain jelas, kemunculan mereka diharap dapat menjadi tambahan tonik dalam pasukan mencakupi posisi berbeza kelak.

Oleh Faizal Bujang

Continue Reading

Previous: Leicester semakin ketinggalan
Next: Atletico terus gah tanpa kalah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.