Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lima pasar tamu masih ditutup
  • TEMPATAN

Lima pasar tamu masih ditutup

Utusan Sarawak 5 years ago

SIBU: Lima pasar tamu di kawasan terbuka di bandar ini akan kekal ditutup untuk jualan dan perniagaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga notis baharu dikeluarkan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Peniaga dan Penjaja Kecil Pasar Sentral Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Kaunselor Albert Tiang, daripada jumlah itu, tiga pasar tamu harian, manakala selebihnya adalah pasar tamu hujung minggu.

“Pasar tamu hujung minggu terletak di Pasar Sentral Sibu dan Jalan Mahsuri, manakala pasar tamu harian di Grand Height, Sungai Merah dan Taman Indah ditutup sejak 28 Mac lepas,” jelasnya.

Selaras dengan arahan terkini dari Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, hanya pasar tamu yang berstruktur tetap dibenarkan untuk beroperasi semasa tempoh PKP dengan kawalan penjarakan sosial yang lebih ketat oleh pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, Pengerusi MPS, Clarence Ting dalam catatan Facebooknya hari ini memberitahu, kawasan-kawasan ini biasanya penuh sesak dan kawalan orang ramai sukar dilakukan.

“Bagi kepentingan keselamatan kesihatan awam, pihak majlis tidak akan membenarkan mana-mana pasar ini  dibuka untuk tempoh masa ini,” ujarnya.

Katanya, pasar raya di Sibu mula melakukan lebih banyak pembasmian kuman berbanding sebelum ini mereka hanya menyah kuman troli dan bakul. “Saya gembira melihat lebih banyak pasar raya menjaga keselamatan kesihatan pembeli,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: JAPEN Sarawak terus pergiat IOW perangi Covid-19
Next: Tangguhkan Bazar Ramadan 2020

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.