Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lima lelaki ditahan susulan pergaduhan tular di Bekenu
  • JENAYAH

Lima lelaki ditahan susulan pergaduhan tular di Bekenu

Utusan Sarawak 3 days ago
TAHAN… Pihak polis berjaya menahan lima lelaki terdiri daripada tiga warga tempatan dan dua warga asing bagi membantu siasatan.

MIRI: Polis mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian pergaduhan yang tular di media sosial dan dipercayai berlaku di kawasan Bekenu, di sini.

Ketua Polis Daerah Miri memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Bertindak atas maklumat dan risikan, pihak polis berjaya menahan lima lelaki terdiri daripada tiga warga tempatan dan dua warga asing bagi membantu siasatan.

Turut dirampas beberapa senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 19 April 2026 di lokap Balai Polis Pusat Miri.

TAHAN… Pihak polis berjaya menahan lima lelaki terdiri daripada tiga warga tempatan dan dua warga asing bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, polis memandang serius kejadian berkenaan dan memberi amaran tegas bahawa sebarang bentuk keganasan, rusuhan serta membawa senjata berbahaya di tempat awam merupakan kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa mengawal emosi dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan atau kekacauan.

TANGKAP LAYAR… video pergaduhan yang tular di media sosial

Sehubungan itu, individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, ASP Anuar bin Affindi di talian 019-7319540 atau 085-432081, atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Pihak polis turut menghargai kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Ketulan kristal disyaki syabu ditemui, lelaki ditahan polis di Jalan Kelupu
Next: Cinta dalam talian berakhir duka, RM1.17 juta lesap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.