Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Lima kereta musnah kebakaran bengkel 
  • KEBAKARAN

Lima kereta musnah kebakaran bengkel 

Utusan Sarawak 4 months ago

Anggota bomba memadam kebakaran

MIRI: Lima kereta musnah dalam kebakaran sebuah bengkel di Jalan Usahawan 13, Padang Kerbau di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 1.49 pagi. 

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng digerakkan ke lokasi kejadian. 

“Komander operasi maklum kebakaran melibatkan dua lot kedai yang dijadikan sebuah kedai bengkel membaiki kereta. 

“Keluasan bangunan beranggaran 40 x 35 kaki persegi dan terbakar dalam 70 peratus. 

“Terdapat lima kenderaan turut terbakar 100 peratus manakala empat kenderaan lagi berjaya di selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Operasi turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Miri Sentral. 

Katanya, operasi tamat pada 3.18  pagi dan setakat ini punca serta kerugian masih dalam siasatan.

Continue Reading

Previous: Wanita terselamat, kedainya hangus dijilat api
Next: Kereta terbakar, dua orang selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.