Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lima individu ditahan, dadah lebih RM106,000 dirampas di Padawan
  • JENAYAH

Lima individu ditahan, dadah lebih RM106,000 dirampas di Padawan

Utusan Sarawak 2 months ago
EMPAT lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing ditahan dalam tiga serbuan di Padawan, Sabtu lalu.

KUCHING: Polis merampas pelbagai dadah dianggar bernilai RM106,000 selepas menahan empat lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing dalam tiga serbuan di Padawan, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden (Supt) Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata kesemua lelaki berkenaan berusia antara 24 hingga 34 tahun, manakala wanita berusia 38 tahun.

“Dadah dirampas terdiri daripada ekstasi, syabu, ketamin dan pil eramin 5.

“Selain itu, polis turut menyita empat kereta, wang tunai dan barang kemas dianggar bernilai RM136,050,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemuanya kini direman hingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: PGA Sarawak rampas RM3.05 juta barangan seludup
Next: Cubaan curi kereta terpakai gagal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.