Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lima hari, tiada kes positif dilaporkan
  • TEMPATAN

Lima hari, tiada kes positif dilaporkan

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas bercakap pada sidang media laporan Covid-19 di Sarawak di Kuching semalam. Turut kelihatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian (kiri) dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing (kanan).

KUCHING: Sarawak merekodkan sifar kes positif Covid-19 bagi hari kelima berturut-turut, semalam.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata jumlah kes positif kekal 544 kes.

“Manakala empat kes baharu telah sembuh dan discaj dari hospital. Daripada empat kes tersebut, tiga dari Hospital Umum Sarawak dan satu kes dari Hospital Sibu.

“Jumlah keseluruhan kes postif Covid-19 yang telah sembuh dan discaj ialah seramai 435 kes atau 79.96 peratus,” katanya pada sidang media laporan Covid-19 di Sarawak di sini semalam.

Beliau berkata seramai 19 individu dalam siasatan (PUI) baharu dilaporkan dan seramai 19 kes masih menunggu keputusan makmal.

“Secara keseluruhan, kejayaan yang kita kecapi adalah hasil daripada pematuhan semua rakyat Sarawak serta kerjasama semua pihak dalam mengekang Covid-19 ini.

“Sehingga kini, graf kes positif di Sarawak menunjukkan ia mendatar selama lima (5) hari berturut-turut.

“Oleh itu kita harus mengekalkan norma baharu ini untuk memastikan tiada gelombang kedua selepas ini,” ujarnya.

Uggah turut memohon supaya semua orang menjaga kebersihan diri dan penjarakan sosial.

“Kita juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu, seperti ada yang menyatakan sifar kes Covid-19 di Sarawak kerana kita tidak membuat saringan.

“Itu adalah satu penipuaan, dan kita telah membuatlaporan polis terhadap hal ini dan kes-kes lain yang melibatkan berita palsu,” katanya.

Uggah menegaskan sehingga kini 33,459 kes telah disaring di seluruh negeri.

Continue Reading

Previous: Pekerja khidmat penghantaran maut
Next: Warga emas maut kemalangan kendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.