Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan
  • JENAYAH

Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan

Utusan Sarawak 12 months ago

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata pihaknya telah  mengesan dua video tular di media sosial pada 10.15 pagi tadi, mengenai kejadian tersebut yang menyebabkan pintu pagar besi masuk ke tempat duduk penyokong, dirosakkan.

Beliau berkata satu kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, telah dibuka dan siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek terbabit.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh disalurkan melalui Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya ditalian 03-79662222,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Next: Rayuan Najib hadiri prosiding tuntutan 1MDB ditolak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.