Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Letusan gas di tapak NCH Seksyen 2 Kuala Lawas terus dipantau
  • Utara
  • WILAYAH

Letusan gas di tapak NCH Seksyen 2 Kuala Lawas terus dipantau

Utusan Sarawak 4 hours ago
SIASATAN AWAL … Pasukan Hazmat JBPM Zon Miri menjalankan pemeriksaan dengan mengambil bacaan suhu serta sampel di lokasi letusan gas yang masih aktif di Jalan Kuala Lawas.

LAWAS: Pihak berkaitan terus memantau tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di Kuala Lawas susulan kejadian letusan gas yang berlaku di kawasan berkenaan.

Hari ini, sepasukan anggota daripada Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri tiba di lokasi untuk mengambil sampel gas dan bahan lain yang turut keluar daripada paip gerudi di kawasan kejadian.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pasukan yang berada di lapangan, terdiri daripada Hazmat, Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pembangunan Wilayah Utara Sarawak (NRDA) serta Jabatan Kimia Malaysia dari Bintulu.

Semua sampel yang diambil akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia di Bintulu untuk dianalisis dan disahkan sebelum sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.

Kawasan kejadian masih dikawal rapi dan ditutup kepada orang awam bagi menjamin keselamatan.

Semua pihak yang terlibat juga belum dapat mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga keputusan rasmi daripada Jabatan Kimia Malaysia diperoleh.

Terdahulu, kerja penggerudian di tapak projek NCH Seksyen 2 di Kuala Lawas terhenti selepas berlaku letusan gas pada 10 Jun 2026.

Kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 12.33 tengah hari itu berlaku ketika kerja penggerudian dijalankan pada kedalaman 45 meter.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba bantu angkat mayat lelaki obesiti 170 kg
Next: Ular sawa 1.5 meter ‘pecah masuk’ reban ayam ditangkap APM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.