Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lembaga Amanah Kebajikan Masjid sumbang 43 lembu sempena Aidiladha
  • TEMPATAN

Lembaga Amanah Kebajikan Masjid sumbang 43 lembu sempena Aidiladha

Utusan Sarawak 2 years ago
SERAH IBADAH KORBAN… Datuk Julaihi Narawi melakukan penyerahan lembu kepada wakil tujuh DUN terlibat sebagai simbolik merasmikan majlis Penyerahan Lembu Korban 1444 Hijrah di Dewan Suarah Kota Samarahan, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Bahagian Samarahan menyumbang 43 lembu sempena sambutan Aidiladha disambut esok.

Sebanyak 43 lembu itu diserahkan kepada tujuh kawasan di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Samarahan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, antara kawasan DUN terlibat ialah Asajaya, Muara Tuang, Stakan, Sadong Jaya, Simunjan, Gedong dan Sebuyau.

Menurut Julaihi, inisiatif ini sebagai usaha untuk berkongsi rezeki dengan golongan kurang berkemampuan.

“Melalui inisiatif ini kita dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik melalui amal jariah dan secara tidak langsung meningkatkan ilmu serta kesedaran dalam membantu masyarakat,” katanya kepada media pada majlis Penyerahan Lembu Korban 1444 Hijrah di Dewan Suarah Kota Samarahan, hari ini.

Menurut Julaihi, sumbangan itu bertepatan dengan semangat sambutan Aidiladha, yang menggalakkan umat Islam bersedekah dan memuliakan golongan memerlukan serta sebagai tanda ikhlas Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Bahagian Samarahan dalam membantu mereka yang memerlukan. 

Justeru, beliau berharap agar semua penerima sumbangan dapat merealisasikan proses penyembelihan dan agihan daging berlandaskan syariat di kawasan masing-masing.

Oleh Nickelyson Lakun

Continue Reading

Previous: Pensyarah UNIMAS bangunkan sistem PS4-S kesan masalah mental pelajar
Next: Sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka 22 Julai akan jadi kebanggaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.