KUCHING: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak mengadakan kunjung hormat kepada Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli, bagi memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua pihak.
Kunjungan berkenaan diketuai Datu Abdul Hadi Abdul Kadir yang mewakili Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak.
Pertemuan itu menjadi platform bagi kedua-dua pihak meneroka ruang kerjasama dalam menyokong agenda pendidikan, kebajikan serta pembangunan sahsiah warga pendidikan di Sarawak.
Jalinan kerjasama itu diharap dapat terus diperkasa bagi menyokong usaha meningkatkan kesejahteraan dan kecemerlangan pendidikan di negeri ini.




