KUCHING: Seorang lelaki warga emas melecur apabila rumah yang didiami musnah terbakar di No 608, Jalan Penrissen, Batu 4 1/2 malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 9.38 malam.
Komander Operasi memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah bilik tidur di rumah terbabit yang dianggarkan musnah 50 peratus.
Katanya, mangsa berusia 60 tahun yang melecur di bahagian tapak kaki dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Dalam pada itu, punca serta anggaran kerugian masih disiasat.