Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tertipu urusan perniagaan tidak wujud rugi RM136,000
  • JENAYAH

Lelaki tertipu urusan perniagaan tidak wujud rugi RM136,000

Utusan Sarawak 6 months ago

SIBU: Seorang lelaki kerugian RM136,000 selepas terpedaya dengan urusan perniagaan secara atas talian tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, pada 9 Oktober lalu, mangsa seorang lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 60- an dan tidak bekerja telah menekan pautan di aplikasi facebook dan terus dihubungkan ke aplikasi WhatsApp berkenaan konsep platform e-dagang ask-oshop.

“Suspek menawarkan perniagaan barangan kosmetik berjenama dan dijual hanya secara atas talian dengan hanya memberikan modal dan memperolehi keuntungan jualan,” katanya menerusi siaran media.

Katanya, mangsa tertarik dan bersetuju untuk melakukan perniagaan dan suspek telah memberikan aplikasi atas nama ask-oshop bagi mengesahkan jualan dan penambahan modal bagi barangan jualan.

“Pada 13 Oktober sehingga 7 November lalu, mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak 32 kali transaksi ke dalam 11 akaun tempatan sepertimana diarahkan oleh suspek bagi tujuan penambahan

barangan jualan dalam aplikasi tersebut.

“Pada 10 November, suspek memaklumkan kepada mangsa bahawa aplikasi ask-oshp telah dibekukan dan mangsa dikehendaki untuk membuat bayaran semula sebanyak RM70,000 untuk meneruskan perniagaan tersebut. 

“Mangsa berasa curiga dan sedari telah terpedaya lalu membuat laporan polis. Kertas siasatan telah dibuka di bawah seksyen 420 kanun keseksaan,” katanya.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pecah rumah: Lelaki sembunyi dalam tandas
Next: Polis tahan seorang lelaki, 52,000 penagih terselamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.