BINTANGOR: Seorang lelaki tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berdekatan Jalan Pan Borneo Sarikei-Bintangor di sini hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, kemalangan membabitkan kenderaan jenis Toyota Hilux dan Lori.
“Mangsa yang tersepit di tempat duduk merupakan seorang lelaki dewasa masih dalam keadaan sedar manakala pemandu lori tiada mengalami sebarang kecederaan.
“Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan penyelamatan dan diserahkan kepada Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS ) untuk diberikan perawatan awal,”katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.23 petang tadi.
Susulan itu, pihaknya menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei ke lokasi kejadian.
Oleh Suriyani Molyadi