Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lelaki terkorban dalam kebakaran di Bintulu
  • TEMPATAN

Lelaki terkorban dalam kebakaran di Bintulu

Utusan Sarawak 3 years ago

BINTULU: Seorang lelaki terkorban apabila dalam kebakaran rumah dua tingkat di Taman Kemena Raya Fasa 2 di Jalan Tun Hussein Onn di sini malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Moh Chee Mong, 54, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Bintulu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad, berkata sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dengan bantuan BBP Kidurong bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 8.25 malam tadi.

“Setiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan bilik tidur mangsa di tingkat bawah.

“Semasa kejadian, dua mangsa iaitu seorang bapa dan anak lelakinya masih terperangkap di dalam, namun berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

“Si anak yang tidak sedarkan diri diberi bantuan pernafasan (CPR) oleh pasukan perkhidmatan penyelamat perubatan kecemasan Bintulu sebelum kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, mangsa (anak) disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital semasa perjalanan ke hospital.

“Kebakaran melibatkan  bilik di tingkat bawah di sebuah rumah dua tingkat yang mana kerosakan dianggarkan 20 peratus.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Difahamkan, insiden malang tersebut juga mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang yang turut datang untuk melihat keadaan di lokasi selepas menerima makluman berhubung kejadian itu.

Continue Reading

Previous: Banyak adat lama kaum Melanau tidak lagi diamalkan
Next: Ribuan banjiri Tebingan Kuching saksikan regata

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.