Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditahan bersama dadah, miliki rekod jenayah lampau di Betong
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditahan bersama dadah, miliki rekod jenayah lampau di Betong

Utusan Sarawak 8 hours ago
LELAKI berusia 26 tahun ditahan polis dalam satu operasi di kawasan Betong semalam selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di sekitar Betong, semalam. Foto IPD Betong

BETONG: Seorang lelaki berusia 26 tahun berjaya ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di sekitar kawasan ini, semalam.

​Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan bahawa tangkapan dilakukan sekitar 11.30 pagi. 

Suspek yang ditahan di bawah pengawasan pihak polis itu kemudiannya dibawa ke IPD Betong untuk tindakan lanjut bagi membantu siasatan.

​Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. 

Selain itu, semakan rekod jenayah lampau juga mendedahkan bahawa suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan dadah sebelum ini.

​Kes kini sedang disiasat di bawah dua seksyen berbeza dalam Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Bagi kesalahan memiliki dadah, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan. 

Manakala bagi penggunaan dadah dalam badan, suspek disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

​Pihak polis IPD Betong menegaskan bahawa mereka memandang serius terhadap isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat. 

Masyarakat digesa agar terus menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan dadah kepada pihak berkuasa dengan menghubungi Balai Polis Betong di talian 083-472345.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan bersama syabu, dua lagi positif dadah di Lawas
Next: Polis siasat rompakan melibatkan pasangan warga emas di Kota Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.