Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki selamat, kereta terbabas dalam parit
  • KEMALANGAN

Lelaki selamat, kereta terbabas dalam parit

Utusan Sarawak 1 month ago
KEADAAN kenderaan mangsa yang terbabas ke dalam parit di Jalan Salim Stabau, hari ini. Foto JBPM Zon 4 Sibu

SIBU: Seorang lelaki terselamat selepas kenderaan yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan kendiri di Jalan Salim Stabau di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon 4 Sibu, Andy Alie berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada 3.03 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dikerahkan ke lokasi.

“Pasukan bomba mendapati sebuah kenderaan jenis Perodua Viva telah hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit.

“Bagaimanapun, mangsa tidak tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, mangsa mengadu mengalami kesakitan di bahagian dada dan leher selepas insiden tersebut.

“Komander operasi yang bertugas telah melakukan penilaian awal sebelum mengarahkan pasukan Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk memberikan rawatan awal kepada mangsa.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sibu bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tukar laluan secara mengejut, penunggang motosikal maut dilanggar kereta  
Next: Lelaki maut dalam kemalangan kendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.