Lelaki positif dadah ditahan di Jalan Punang Lawas

Facebook
WhatsApp
SUSPEK SYABU… Seorang lelaki ditahan di Jalan Punang kerana terlibat kes penyalahgunaan dadah, baru-baru ini. Foto IPD Lawas

LAWAS: Sepasukan polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 25 tahun, penganggur, yang kelihatan mencurigakan dan disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan memberitahu dalam satu kenyataan bahawa penahanan dilakukan pada 6 Februari lalu bertempat di tepi rumah tidak bernombor di Jalan Punang, di sini.

Pemeriksaan badan terhadap suspek telah menjumpai satu keratan tiub straw yang berisi hablur-hablur kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.3 gram dan dirampas untuk dijadikan barang kes.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.  

Semakan kesalahan lampau mendapati suspek tiada kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut seksyen 12(2) ADB 1952 dan 15(1)(a) ADB 1952.

Oleh Adeng Edrus

Lelaki didenda miliki minuman keras

MIRI:  Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Miri hari

Emosi tanpa sisi

EMOSI adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Kita boleh gembira, sedih, marah, kecewa, takut dan tersinggung. Semua perasaan ini normal dan