Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Tapis di Meradong
  • JENAYAH

Lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Tapis di Meradong

Utusan Sarawak 2 hours ago
PENAGIH dadah ditahan oleh pihak polis pada pagi tadi. Foto IPD Meradong 

BINTANGOR: Seorang lelaki berusia 26 tahun yang disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah ditahan dalam Ops Tapis yang dijalankan oleh sepasukan Pasukan Petugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong, hari ini.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, suspek ditahan kira-kira 9.30 pagi dan dibawa ke IPD Meradong untuk tindakan lanjut.

“Saringan ujian air kencing terhadap suspek di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Berdasarkan semakan rekod lampau, dapati suspek mempunyai satu rekod jenayah bersabit dadah.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan akan didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, penyalahgunaan dadah bukan sahaja memberi kesan buruk kepada individu yang terlibat, malah boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.

“Pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut.

“Saya menggesa supaya masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong.

“Maklumat boleh disalurkan ke Balai Polis Bintangor di talian 084-693222,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Malaysia destinasi akhir pendatang tanpa izin kerana jaringan keluarga
Next: 37 warga asing ditahan dalam operasi imigresen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.