Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki menyamar pelanggan larikan jam Rolex bernilai RM64,000
  • JENAYAH

Lelaki menyamar pelanggan larikan jam Rolex bernilai RM64,000

Utusan Sarawak 6 months ago

SEUTAS jam tangan Rolex dicuri lelaki menyamar sebagai pelanggan di SS 16, Subang Jaya, semalam. Foto Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki menyamar sebagai pelanggan sebelum melarikan seutas jam tangan jenama Rolex berharga RM64,000 di sebuah kedai di Seksyen 16, Subang Jaya, Selangor, semalam.

Berdasarkan laporan diterima polis, suspek dikatakan telah menunggu di hadapan kedai ketika premis itu sedang dibuka dua pekerja wanita pada 10.40 pagi dan mendakwa telah membuat janji temu melalui telefon.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata sebaik dibenar masuk, suspek kemudiannya bertanyakan beberapa soalan kepada dua pekerja berkenaan mengenai barangan dijual, sebelum tiba-tiba bergegas keluar kononnya mahu mengambil majikannya.

“Seorang daripada pekerja terbabit iaitu yang membuat laporan kejadian ini telah dimaklumkan daripada rakan sekerjanya bahawa jam tangan berkenaan telah hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek dipercayai telah mengambil jam tangan ‘Rolex Datejust 36 Oystersteel and Yellow Gold’ itu dalam rak ketika berada di dalam kedai itu.

Kes katanya disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7222 atau Pegawai Penyiasat Insp Muhammad Fathurrahman Ampandi di talian 011-29395178 untuk membantu siasatan.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Lelaki terpedaya oleh ‘pegawai Pejabat Pendidikan Sarikei’
Next: Polis tahan 361 individu terlibat kegiatan along dalam operasi khas sembilan hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.