Lelaki menyamar pegawai kurier ditahan polis, mangsa rugi hampir RM50,000

Facebook
WhatsApp
SUSPEK ditahan oleh pihak polis pada pagi semalam. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Taktik menyamar sebagai pegawai syarikat kurier untuk memperdaya mangsa memindahkan wang akhirnya terbongkar apabila seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an berjaya diberkas polis dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong, semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, suspek ditahan kira-kira 10.50 pagi kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan telefon dengan menyamar sebagai pegawai kurier.

Katanya, mangsa dipercayai menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai kurier Melaka dan mendakwa mangsa telah membuat penghantaran barang larangan sebelum diminta melakukan pemindahan wang sebagai langkah perlindungan.

“Jumlah keseluruhan kerugian yang dilaporkan adalah sebanyak RM49,850. Suspek juga dikesan terlibat dalam laporan polis di Serian. Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi sepuluh tahun serta sebatan dan denda, jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam satu keyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, Tansli menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap panggilan telefon mencurigakan dan tidak sewenang-wenangnya membuat sebarang transaksi kewangan kepada pihak ketiga tanpa pengesahan.

“Mangsa juga boleh menghubungi talian hotline Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi melaporkan penipuan dalam talian, atau menghubungi Balai Polis Bintangor di talian 084-693222,” katanya.

Oleh Earl Anek

Lelaki didenda miliki minuman keras

MIRI:  Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Miri hari