Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut tertimbus simen, seorang lagi cedera parah
  • KEMALANGAN

Lelaki maut tertimbus simen, seorang lagi cedera parah

Utusan Sarawak 3 months ago

SEORANG lelaki maut dalam kejadian tertimbus simen apabila lori simen yang dinaiki hilang kawalan.

MARUDI: Seorang lelaki maut, seorang lagi cedera parah apabila kedua-kedua mangsa tertimbus simen setelah lori muatan simen yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.00 petang hari ini apabila lori yang dinaiki mangsa masuk ke sungai di Bukit Nursery Jalan Miri- Marudi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi menerima panggilan kecemasan pada jam 2.43 petang dari Hospital Marudi memaklumkan kejadian itu.

Katanya, Skuad Charlie dengan kekuatan empat anggota diketuai Lans Koperal (PA) Mohamad Hassan dengan jarak PKOD dari lokasi kejadian lebih kurang 36 kilomter.

Katanya Skuad Charlie melakukan pengoperasian bersama anggota bomba bagi mengeluarkan kedua-kedua mangsa.

Seorang mangsa selamat dikeluarkan dan dibawa ambulans Hospital Marudi ke Hospital Miri untuk rawatan selanjutnya,

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian pula dibawa oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Continue Reading

Previous: Bapa, anak maut kemalangan di Jalan Gedong
Next: Bomba bantu bawa lelaki cedera dari air terjun Wong Radau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.