Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut tersepit dalam lori bermuatan batu
  • KEMALANGAN

Lelaki maut tersepit dalam lori bermuatan batu

Utusan Sarawak 2 months ago
ANGGOTA bomba menggunakan jengkaut untuk mengalihkan lori yang membawa muatan batu dalam operasi menyelamat seorang pemandu lori yang tersepit dalam kemalangan di Kuari Engkelili, Sri Aman, malam tadi. Foto PGO JBPM Sarawak

SRI AMAN: Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri di Kuari Engkelili, Sri Aman, petang tadi.

Mangsa, Seblie Jerandeng, 54, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit dalam lori yang membawa muatan batu.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba, panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada 6.52 petang, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman yang diketuai PBK II (TBBK I) Elijah Tiyit dikerahkan ke lokasi sejauh 22 kilometer.

Sebaik tiba pada 7.15 petang, pasukan bomba mendapati mangsa masih tersepit dan tidak sedarkan diri.

Operasi menyelamat dilakukan dengan bantuan jengkaut bagi mengalihkan lori sebelum mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

Bagaimanapun, Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang hadir di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal maut, pembonceng cedera parah
Next: Warga emas mengaku bersalah pandu melulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.