Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lelaki maut jatuh dari tingkat 4
  • TEMPATAN

Lelaki maut jatuh dari tingkat 4

Utusan Sarawak 5 years ago
MANGSA dikatakan berdiri di luar pintu jendela bilik tidur dari aras tingkat empat (dalam
bulatan) menghala ke Jalan Dermaga sebelum terjatuh ke bawah bangunan.

EARL ANEK

BINTANGOR: Seorang lelaki berusia 29 tahun, berasal dari Ulu Belaga meninggal dunia setelah jatuh dari tingkat empat salah sebuah bangunan di Jalan Dermaga.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Sekam Anoi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada sekitar 10.40 malam.

Jelasnya, menurut pengadu (adik perempuan mangsa), lebih kurang 9.30 malam, mangsa (abangnya) dalam keadaaan mabuk berdiri di luar pintu jendela bilik tidur dari aras tingkat empat menghala ke Jalan Dermaga.

“Pada 10.20 malam tadi (kelmarin), semasa dia dan kakaknya berada di bilik sebelah bilik mangsa, dia terdengar benda jatuh ke bawah lalu dia melihat ke bawah dan melihat abangnya terbaring di kaki lima di bawah bangunan tersebut.

“Dia dan kakaknya bergegas turun ke tempat kejadian dan didapati mangsa dalam keadaan berdarah yang keluar dari hidung.

“Selain itu, kaki mangsa juga berdarah dan keadaan mangsa sudah lemah,” katanya menerusi satu kenyataan, pagi semalam.

Katanya, sekitar 10.35 malam, adik mangsa membawa mangsa dengan menggunakan kereta jenis Perodua Kancil adik iparnya pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

“Sekitar 11.05 malam, penolong pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Adik serta ahli keluarga mangsa tidak mahu mangsa dibuat bedah siasat atau mendakwa mana-mana pihak kerana percaya kejadian itu tiada unsur jenayah serta mangsa dipercayai keadaan mabuk dan dipercayai minum minuman keras.

“Laporan polis dibuat hanya untuk mendapat sijil kematian mangsa.

“Setakat ini, kes tersebut diklasifikasikan sebagai Kes Mati Mengejut (SDR),” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Warga emas dikhuatiri hilang
Next: Kekal amalkan hidup norma baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.