Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki maut ditembak, rakan bawa ke balai
  • JENAYAH

Lelaki maut ditembak, rakan bawa ke balai

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Seorang lelaki berusia 34 tahun maut dipercayai terkena tembakan semasa berada di dalam sebuah kereta di Jalan Stephen Yong, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata pada sekitar 5.30 pagi, dua lelaki telah hadir ke Balai Polis Batu Kawa di sini untuk memaklumkan seorang rakan mereka telah ditembak dan berada di dalam kereta yang dinaiki mereka.

“Dua lelaki terbabit telah membawa rakan mereka (mangsa yang ditembak) ke balai dan pegawai perubatan telah mengesahkan kematian mangsa yang merupakan penumpang semasa kejadian tembakan itu berlaku.

“Terdapat kesan tembakan pada kepala mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan orang awam yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Sylvarius melalui talian 013-863 7241.

– Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pesara antara 40 individu dikesan positif dadah
Next: AADK musnahkan pondok pengedaran dadah di pedalaman Sarawak 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.