ASAJAYA: Seorang lelaki berusia 41 tahun dilaporkan maut selepas dibaham buaya di Sungai Sampun, Kampung Sampun Tebun, di sini, hari ini.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 4.42 petang tadi.
“Apabila pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, mangsa, Gindek Julau, dilaporkan telah dibaham oleh seekor buaya.
“Mangsa juga masih berada di dalam Sungai Sampun dan ditemui oleh abangnya sekitar 4.30 petang sebelum jasadnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.