Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut dalam kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Lelaki maut dalam kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 2 months ago
MAYAT mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

SIBU: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan kendiri Upper Lanang di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Andy Alie, berkata mangsa berumur 27 tahun, beralamat di Lorong 3, Jalan Sentebu, Taman Susur Jambu Fasa 2, Sarikei.

Katanya, sepasukan lapan anggota bersama sebuah jentera FRT dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Sibu Sentral bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 10.37 malam.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati memang terdapat motosikal yang mengalami kemalangan, tetapi mangsa tidak berada di lokasi seperti yang di laporkan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, komander operasi membuat ‘size up’ dan mengarahkan anggota mencari mangsa pada peringkat awal di parit mengggunakan open water surface, tetapi tidak menjumpai mangsa.

“Seterusnya pencarian kedua di parit yang sama setelah air surut anggota menemui mangsa berada di bahagian dalam parit berdekatan dengan lokasi kemalangan pada 12.10 tengah malam.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis pada 1.16 pagi, untuk tindakan yang selanjutnya,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki selamat, kereta terbabas dalam parit
Next: Tiga sekeluarga terlibat kemalangan kendiri bernasib baik  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.