Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lelaki mabuk baring dalam parit
  • TEMPATAN

Lelaki mabuk baring dalam parit

Utusan Sarawak 5 years ago
DITEMUI… Keadaan seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam parit di Jalan Pujut 7, Miri.

MIRI: Seorang lelaki dipercayai mabuk ditemui terbaring di dalam parit sedalam dua meter di Jalan Pujut 7 di sini, semalam.

Lelaki berusia 40-an itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam parit tersebut oleh orang awam sekitar jam 11 malam.

Sumber berkata, pasukan bomba terpaksa dipanggil bagi membantu mengangkat keluar lelaki tersebut dari parit.

“Pada mulanya, mangsa disangkakan terlibat kemalangan jalan raya, tetapi tiada kenderaan ditemui di tempat kejadian.

“Lelaki itu dipercayai terlalu mabuk dan tidak sedarkan diri ,” katanya.

Katanya, lelaki itu didapati mengalami cedera di bahagian dahi dan hidung kemudiannya diserahkan kepada pihak paramedik kesihatan sebelum dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Pergerakan antara bahagian di Kuching, Samarahan tidak digalakan
Next: Hilang sekelip mata dibaham sang bedal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.