Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lelaki ditahan pukul isteri
  • TEMPATAN

Lelaki ditahan pukul isteri

Utusan Sarawak 5 years ago
BAHAN BUKTI… Kipas angin yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul isterinya.

LIMBANG: Seorang lelaki yang bekerja sebagai operator mesin jentolak ditahan selepas dipercayai memukul isteri sendiri mengunakan telefon bimbit dan kipas angin pada malam Ahad lalu.

Insiden berlaku selepas berlaku pertengkaran antara lelaki berkenaan dan isterinya di sebuah rumah sewa di Jalan Sibukang.

Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu, dalam kejadian  9.10 malam itu , mangsa, 35, mengalami benjolan di bahagian dahi kiri, lebam di tangan kiri dan juga sakit bahagian kepala kiri.

Pertengkaran berlaku disebabkan suami yang juga suspek mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Menurut laporan daripada siasatan awal mendapati suspek menyindir dengan berpura-pura bercakap dengan anaknya dan menasihati anaknya supaya tidak meniru perangai mangsa dan menuduhnya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Rentetan sindiran berkenaan, ia mencetuskan pertengkaran dan suspek bertindak memukul mangsa dengan menggunakan telefon bimbit dan kipas angin .

Superintenden Abang Zainal berkata, selepas dipukul oleh suaminya, wanita itu ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan pada 11.34 malam.

Beliau berkata, suspek berusia 58 tahun ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang 12.30 tengah malam pada Isnin.

Polis turut merampas satu unit kipas meja yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa dan kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan ( dengan sengaja mendatangkan kecederaan).

Continue Reading

Previous: Pesara guru maut, tertembak diri sendiri
Next: Tiga penghuni tinggal sehelai sepinggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.