Lelaki ditahan kes curi motosikal di Tudan

Facebook
WhatsApp
DITAHAN… Suspek yang disyaki terlibat kes mencuri motosikal ditahan polis untuk tindakan lanjut. Foto IPD Miri

MIRI: Lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes kecurian motosikal di kawasan Tudan, di sini.

Tangkapan itu dilakukan sepasukan anggota polis yang diketuai Ketua Polis Balai Miri, ASP Goldy Jangan bersama anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Pusat Miri kira-kira 11.40 pagi di kawasan Tudan Desaras.

Menerusi hantaran Polis Daerah Miri di Facebook , suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian kecurian motosikal yang dilaporkan berlaku  di Jalan Permy Technology Park, Tudan.

“Polis turut berjaya merampas semula motosikal jenis Honda Wave yang dipercayai dicuri oleh suspek untuk dijadikan barang kes,” menurut hantaran itu.

Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Oleh Liong Chai Ling

Tiga wanita cuba curi kabel SEB ditahan

MIRI: Cubaan tiga wanita mencuri kabel milik Sarawak Energy Berhad (SEB) tidak kesampaian apabila mereka ditahan polis berhampiran Balai Bomba