
MIRI: Seorang lelaki tempatan yang disyaki mengedar dadah ditahan polis di kawasan perumahan Taman Permai, Jalan Dato Permaisuri, Bandar Baru Permyjaya di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata suspek berusia 37 tempatan ditahan sepasukan pegawai dan anggota Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah sekitar 11.30 pagi.
“Semasa melakukan pemeriksaan di
tempat kejadian, pasukan serbuan telah menjumpai dan merampas barang disyaki dadah jenis Methamphetamine dianggarkan seberat 5.92 gram.
“Nilai rampasan barang disyaki dadah dianggarkan jumlah bernilai RM652.00 ,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta yang sama.
“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Miri untuk permohonan reman,” ujarnya.
Alexson menasihati orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah ini untuk segera melaporkannya ke balai polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung, dan dibanteras bersama.