64 PATI ditahan dalam operasi imigresen di sekitar Kuching dan Kota Samarahan

Facebook
WhatsApp
ANTARA PATI yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak menerusi operasi penguatkuasaan melibatkan 13 lokasi sekitar Kuching dan Kota Samarahan, baru-baru ini. Foto JIM Sarawak

KUCHING: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sarawak menahan seramai 64 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi lima siri operasi penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar Kuching dan Kota Samarahan pada 29 hingga semalam.

Operasi berkenaan melibatkan Ops Selera, Ops Mahir, Ops Belanja, Ops Gegar dan Ops Sapu yang dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuching hasil aduan awam serta risikan yang dijalankan pihak jabatan.

“Operasi yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 3.00 pagi itu melibatkan pemeriksaan di 13 lokasi sekitar Kota Sentosa, Batu 10 hingga Batu 12, Pending Industrial Estate, Metrocity, Sematan, Batu Kawa dan Kota Samarahan.

“Hasil pemeriksaan terhadap 107 Orang Yang Diperiksa (OYDP) mendapati seramai 64 PATI ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” menurut kenyataan JIM Sarawak.

Pemeriksaan melibatkan pelbagai premis termasuk kedai makan, kilang, tapak pembinaan, premis yang disyaki menjalankan aktiviti judi dalam talian, pusat urut, kedai runcit serta bilik sewa di bangunan kedai.

Kesemua individu yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, antaranya gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pas yang sah serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

Kesemua tahanan telah dibawa ke Pejabat Imigresen bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

JIM Sarawak menegaskan pihaknya akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi mengesan dan membanteras kehadiran PATI serta mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan imigresen.

Orang ramai turut digesa menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang kepada JIM Sarawak bagi membantu memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kedaulatan negara terus terpelihara.

Dua buruh ditahan positif dadah di Bau

BAU: Dua buruh tempatan ditahan selepas didapati positif dadah jenis metamfetamina dan amfetamina dalam ujian saringan awal air kencing yang