Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan disyaki edar dadah
  • JENAYAH

Lelaki ditahan disyaki edar dadah

Utusan Sarawak 6 months ago

DIRAMPAS...Antara paket plastik kecil lutsinar pelbagai saiz masing-masing berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine (syabu) dirampas daripada suspek.

MIRI: Seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah ditahan polis menerusi serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Tudan di sini.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata, bertindak atas maklumat suspek berusia 43 tahun itu ditahan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri sekitar jam 12.15 tengah malam Khamis.

“Hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan ke atas suspek, polis telah menjumpai 18 paket plastik kecil lutsinar pelbagai saiz masing-masing berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine (syabu) seberat 8.30 gram dan dianggarkan bernilai RM830,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan itu kata Alexson, barang disyaki dadah kemudian dirampas dan suspek ditangkap serta dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen  39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi lima tahun serta sebat tidak kurang dari tiga kali dan tidak melebihi sembilan kali, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Alexson berkata, pihak polis ingin menasihati orang ramai yang mempunyai maklumat tentang aktiviti penyalahgunaan dadah ini untuk melaporkannya segera ke balai polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama.

Continue Reading

Previous: Cubaan seludup dadah dalam kotak minuman di KLIA
Next: Miri dikenal pasti antara kawasan panas bawa masuk dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.