Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki disyaki pecah kedai diberkas polis
  • JENAYAH

Lelaki disyaki pecah kedai diberkas polis

Utusan Sarawak 4 hours ago
DITAHAN…Suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

MIRI: Seorang lelaki diberkas polis selepas disyaki terbabit dalam kejadian pecah kedai di kawasan Phase 2, Jalan Lopeng By Pass, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, suspek ditahan sepasukan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Pusat Miri  kira-kira 12.30 tengah malam.

Menurutnya, tangkapan dibuat di belakang stesen minyak Petronas Jalan Bulan Sabit hasil maklumat dan risikan dijalankan pihak polis.

DIRAMPAS…Pakaian yang dipercayai digunakan suspek semasa melakukan jenayah dirampas untuk dijadikan barang kes.

“Hasil tangkapan itu, polis turut merampas pakaian yang dipercayai digunakan suspek semasa melakukan jenayah bagi dijadikan barang kes,” katanya menerusi hantaran di Facebook Polis Daerah Miri malam tadi.

Katanya, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk premis.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah supaya menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu usaha pencegahan dan pembanterasan jenayah di daerah ini.

Oleh Liong Chai Ling 

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 39 PATI warga Indonesia ditahan dalam Operasi Khas di Kuching
Next: JPJ sita dua kenderaan mewah dalam Ops Luxury di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.