Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki disyaki edar dadah ditahan di Jalan Bulan Sabit
  • JENAYAH

Lelaki disyaki edar dadah ditahan di Jalan Bulan Sabit

Utusan Sarawak 2 months ago
DIRAMPAS… Dadah yang dirampas daripada suspek yang dirahan dalam satu serbuan di Jalan Bulan Sabit, semalam

MIRI: Seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun disyaki mengedar dadah ditahan polis dalam serbuan di kawasan Jalan Bulan Sabit di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Polis (ACP) Alexson Naga Chabu menerusi satu kenyataan petang  tadi berkata, suspek berjaya ditahan oleh sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND).

“Hasil pemeriksaan dan serbuan, pihak polis telah menahan seorang suspek serta merampas dadah jenis serbuk ekstasi seberat 604.4 gram dan 13.8 gram pil disyaki Erimin 5. 

“Jumlah rampasan bernilai RM37,392.80,” katanya. 

Alexson berkata, turut disita sebuah kenderaan jenis Honda dan nilai sitaan bernilai RM80,000.

“Suspek telah ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) Akta sama,” ujarnya. 

Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum gantung sampai mati atau  jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan tidak kurang 12 kali sebatan. 

Sementara itu, bagi kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Rampasan 4,000 liter diesel bernilai RM108,000 di Miri, suspek ditahan
Next: Tiga lelaki ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.