Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lelaki dipercayai sesat ditemui selamat
  • TEMPATAN

Lelaki dipercayai sesat ditemui selamat

Utusan Sarawak 5 years ago
DIJUMPAI… Mangsa yang dipercayai sesat ditemui selamat dan diusung oleh pihak bomba bersama pihak APM dan pekerja ladang.

BELAGA: Seorang lelaki dikhuatiri hilang di kawasan ladang kelapa sawit di Marong Estate, Blok Jambatan Besi, sejak Selasa lalu telah dijumpai selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Christus Buson berkata, mangsa merupakan lelaki tempatan dikenali sebagai Samat Basa, 36.

“Rakan mangsa memaklumkan kejadian sebenar berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda mereka, seramai tiga orang termasuk mangsa selaku pemandu pada Selasa lalu terlibat kemalangan.

“Mangsa berpisah daripada rakannya mencari bantuan untuk menarik kenderaan pada malam kejadian Selasa itu.

“Selepas itu, mangsa terus hilang sehingga pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, laporan kehilangan mangsa sudah dibuat di Balai Polis Belaga semalam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kehilangan mangsa.

Pada hari kejadian, pengurus ladang tersebut melaporkan bahawa Samat tidak pulang dari lokasi dia bekerja meskipun sudah 11.00 malam.

Tambahnya, pasukan bomba bergerak ke lokasi kejadian semalam terpaksa menggunakan jalan balak memandangkan cuaca gelap dan atas faktor keselamatan.

“Mangsa telah dijumpai dalam keadaan selamat di Marong Esate 1,” katanya.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Persatuan, individu disaran laksana tanggungjawab sosial
Next: Maritim tahan BNA ceroboh perairan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.