Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Lelaki dipenjara seminggu, didenda RM2,000 rakam mangsa dalam tandas
  • MAHKAMAH

Lelaki dipenjara seminggu, didenda RM2,000 rakam mangsa dalam tandas

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

MIRI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selama seminggu dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Miri selepas mengaku bersalah merakam individu lain di dalam tandas awam menggunakan telefon bimbitnya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang mengaibkan dan mengganggu kesantunan seseorang.

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku kira-kira 11.00 pagi pada 5 Jun lalu di tandas lelaki sebuah pusat beli-belah di sini.

Tertuduh didapati sedang menunduk di hadapan pintu tandas sambil menghalakan kamera telefon bimbitnya di bawah pintu tandas berkenaan seolah-olah merakam individu yang berada di dalamnya.

Bagaimanapun, perbuatannya disedari oleh pengadu yang kemudian bertindak menahannya sebelum menyerahkan suspek kepada polis.

Dalam siasatan lanjut, polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis iPhone 11 milik tertuduh yang kemudiannya dikemukakan di mahkamah sebagai bahan bukti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner  Mohd Farhan Lee Abdullah mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan teknologi, gajet atau media sosial untuk merakam serta menyebarkan gambar atau video berunsur lucah.

“Perbuatan sedemikian merupakan kesalahan jenayah serius yang boleh membawa hukuman penjara dan denda selain memberi kesan buruk terhadap rekod seseorang,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook Polis Daerah Miri hari ini.

Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Miri atau balai polis berhampiran bagi membantu pihak berkuasa mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Padah merogol adik tiri OKU, lelaki dipenjara 39 tahun, 11 sebatan
Next: Buruh Rohingya didakwa rompak rumah Datuk Razif Sidek

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.