Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki dilaporkan hilang ditemui selamat
  • Tengah
  • WILAYAH

Lelaki dilaporkan hilang ditemui selamat

Utusan Sarawak 3 weeks ago
Mangsa yang dilaporkan hilang sejak semalam semasa keluar mencari hasil hutan di Kampung Supa, telah ditemui selamat hari ini. Foto: PGO Bomba Sarawak

SARIBAS: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak semalam semasa keluar mencari hasil hutan di Kampung Supa, telah ditemui selamat hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata mangsa yang dikenali sebagai Jemat Abdullah, 44, dijumpai pada jam 2.20 petang tadi oleh penduduk kampung dalam keadaan selamat pada radius 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa telah diberi rawatan awal oleh Pasukan bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dan seterusnya menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Spaoh untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Untuk rekod, BBP Betong telah menerima panggilan berhubung kehilangan seorang penduduk terbabit sekitar jam 11.35 pagi semalam.

Kawalan BBP Betong terima panggilan daripada pemanggil memaklumkan terdapat mangsa hilang di hutan dekat Kampung Supa. 

Menurut maklumat keluarga, mangsa telah keluar rumah seawal 9 pagi semalam ke hutan berhampiran bertujuan mencari hasil hutan.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: KRT pemacu keharmonian dan kemajuan Sarawak
Next: Kerajaan tubuh jawatankuasa teknikal tangani isu harga barang di Sabah dan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.