Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki dikhuatiri lemas, terjatuh bot ekspres
  • Tengah
  • WILAYAH

Lelaki dikhuatiri lemas, terjatuh bot ekspres

Utusan Sarawak 2 months ago
SEORANG lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ekspres di Muara Sungai Paloh. petang tadi.

DARO: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari sebuah bot ekspres di Muara Sungai Paloh, di sini, petang tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 5.44 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis segera dikerahkan ke lokasi.

Mangsa yang dikenali sebagai Awang Indera Awang Mahmud, 45, dilaporkan terjatuh dari bot ekspres sekitar 1.20 petang.

“Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada 6.10 petang setelah menempuh perjalanan sejauh 25 kilometer.

“Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dilakukan esok kerana keadaan cuaca semakin gelap,” katanya dalam satu kenyataan.

Setakat laporan ditulis, mangsa masih belum ditemui.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Galak penduduk bina keluarga elak Sarawak capai status negeri tua  
Next: Seni jahitan Burie mampu dikembangkan sebagai produk pelancongan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.