Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai
  • KEMALANGAN

Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai

Utusan Sarawak 5 months ago

Operasi SAR dilancarkan bagi mencari lelaki yang hilang. Foto APM Lundu

LUNDU: Lelaki  berusia 60 tahun dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika sedang mengemas bot di jeti di Kampung Kelaoh, Lundu, hari ini.

Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lundu memaklumkan mangsa dikenali sebagai Jokepli Hamdi berumur 60 tahun.

“Mangsa dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot dan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sedang giat dijalankan,” menurut APM Lundu dalam hantar di facebooknya.

Antara agensi yang terlibat dalam SAR adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM),  Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), RELA dan orang kampung. 

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi, JBPM Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian terbabit sekitar jam 8.20 pagi.

Susulan itu katanya, operasi SAR dimulakan sejurus selepas menerima maklumat kejadian.

Continue Reading

Previous: Seorang lelaki cedera, dua selamat kemalangan tiga kenderaan di Pan Borneo, Jakar Sarikei
Next: Lelaki terbabit kemalangan tiga kenderaan pagi tadi, meninggal dunia di Hospital Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.