Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki dikhuatiri lemas, kereta tenggelam dalam longkang
  • KEMALANGAN

Lelaki dikhuatiri lemas, kereta tenggelam dalam longkang

Utusan Sarawak 3 months ago

SIBU: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya tenggelam di dalam longkang di tepi jalan yang sedang dilanda banjir di Jalan Ling Kai Cheng, tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.12 tengah malam.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat mangsa.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) berjalan kaki sejauh lebih kurang 800 meter dengan meredah kawasan yang banjir pada kedalaman lebih kurang dua hingga tiga kaki,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, kedudukan sebenar kenderaan yang dilaporkan telah berjaya dikesan, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) digerakan bagi tujuan pengesahan kehadiran mangsa di dalam kenderaan tersebut.

“PPDA dapat menemukan sebuah beg sandang yang mengandungi dokumen pengenalan mangsa.

“Usaha selaman mengesan mangsa dihentikan setelah PPDA membuat tiga kali selaman dan gagal untuk membuka luas pintu kenderaan yang berada di dalam air tersebut dengan kedalaman lebih kurang tiga hingga empat meter serta mempunyai halangan dinding simen longkang,” katanya.

Katanya, operasi ditangguh pada 2.20 pagi dan akan disambung pada waktu yang selanjutnya atas sebab-sebab keselamatan PKO.

“PKO menyerahkan dokumen pengenalan mangsa kepada pihak polis,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Remaja maut kenderaan dinaiki bersama keluarga terlibat kemalangan
Next: Lelaki dikhuatiri lemas, kereta tenggelam dalam longkang ditemukan selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.