Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki didenda RM12,000 miliki diesel tanpa permit
  • JENAYAH

Lelaki didenda RM12,000 miliki diesel tanpa permit

Utusan Sarawak 2 years ago

SIBU: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan memiliki 400 liter minyak diesel tanpa kebenaran.

Winston Toh, 25, dikenakan hukuman denda RM12,000 atau penjara tiga bulan oleh hakim Marutin Pagan yang mendengar serta menerima pengakuan bersalah tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, Toh didakwa memiliki barang kawalan berjadual iaitu 400 liter minyak diesel tanpa kebenaran pada 11 Januari lepas, kira-kira 11.15 pagi di Markas Taktikal Polis Marin Wilayah 5, Jalan Lanang.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, boleh dikenakan denda tidak lebih RM3 juta atau penjara tidak lebih lima tahun.

Toh dibenarkan bebas setelah membayar denda yang dikenakan.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Jual ubat tanpa preskripsi, pekerja farmasi dijatuhi hukuman
Next: PKR menang kes saman, mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.