Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki didakwa bunuh abang sendiri
  • JENAYAH

Lelaki didakwa bunuh abang sendiri

Utusan Sarawak 8 months ago
 SEORANG lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh abang kandungnya, minggu lepas. Mohd Khairul Hadafi Mohd Taib, 40, didakwa membunuh Mohamad Khairul Ridzuan Mohd Taib, 46, di sebuah rumah di Taman Muhibbah, Sitiawan antara 2.25 pagi hingga 2.39 pagi, 25 September lepas. Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mahkamah memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Ipoh bagi pemeriksaan psikiatri serta menetapkan 30 Okt ini untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia dan dokumen berkaitan. FotoBERNAMA

MANJUNG: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh abang kandungnya, minggu lepas.

Mohd Khairul Hadafi Mohd Taib, 40, didakwa membunuh Mohamad Khairul Ridzuan Mohd Taib, 46, di sebuah rumah di Taman Muhibbah, Sitiawan dekat sini antara 2.25 pagi hingga 2.39 pagi, 25 September lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum dengan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Ipoh bagi pemeriksaan psikiatri serta menetapkan 30 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia dan dokumen berkaitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hairol Jemain manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: Kakitangan awam rugi RM39,463 terperangkap tipu kerja sambilan dalam talian
Next: Pesara guru rugi lebih RM200,000 akibat sindiket penipuan telefon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.