Lelaki cedera kereta dipandu terbabas langgar pokok

Facebook
WhatsApp
REMPUH… Seorang lelaki cedera selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Jalan Song awal pagi tadi.

KUCHING: Seorang lelaki cedera selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Jalan Song awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 2.13 pagi.

Mangsa berusia 36 tahun yang tersepit di tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan sebelum diberi rawatan lanjut oleh pasukan perubatan.

Sementara, seorang lelaki yang cuba membantu mangsa tidak kesampaian apabila dirempuh sebuah kereta Lexus sehingga mengakibatkan mangsa cedera di bahagian kaki.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan melibatkan pemandu Lexus. 

Oleh Azreen Keria