Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki cedera, enjin kereta terbakar
  • Tengah
  • WILAYAH

Lelaki cedera, enjin kereta terbakar

Utusan Sarawak 3 months ago
KEBAKARAN hanya melibatkan bahagian enjin kenderaan berikutan tindakan pantas pemiliknya yang menggunakan air dari sumber terbuka sebelum ketibaan pasukan bomba.

BINTULU: Seorang lelaki cedera selepas tangan kirinya melecur akibat cuba memadamkan kebakaran pada kenderaan miliknya di Batu 27, Jalan Bintulu-Miri, sebentar tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 2.31 petang.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati api pada kenderaan jenis Perodua Alza telah berjaya dipadamkan oleh pemiliknya menggunakan air dari sumber terbuka berdekatan.

“Kebakaran dipercayai berlaku di bahagian enjin, yang mengalami kerosakan hampir 100 peratus,” katanya.

Tiada operasi pemadaman dilakukan, namun pemantauan tetap dilakukan bagi memastikan api padam sepenuhnya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kaunter daftar BWI bagi mangsa banjir dibuka hingga 8 Februari ini
Next: Usaha bomba pantau kawasan berisiko banjir tersekat akibat tanah runtuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.